Sebut sahaja geran memang semua orang tahu ia adalah bukti pemilikan sesebuah rumah atau tanah. Tetapi dalam pemilikan atas geran banyak menggunakan istilah yang sukar difahami. Dalam artikel ini admin cuba menghuraikan berdasarkan pengalaman lepas mengenai hartanah. Semoga artikel ini dapat membantu. Berikut adalah kod-kod yang kerap digunakan di muka hadapan geran:-
JENIS HAK MILIKKOD
1GeranGeranDikeluarkan oleh Pejabat Tanah
2Pajakan NegeriPNHakmilik tetap yang dikeluarkan oleh pejabat pendaftar hakmilik negeri.

3Geran MukimGMHakmilik tetap yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.
4Pajakan MukimPMHakmilik tetap yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.
5HakMilik Sementara DaerahHSDDikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Kerajaan Negeri.
6HakMilik Sementara MukimHSMDikeluarkan oleh Pejabat Tanah.

Geran 
Geran mempunyai dua jenis. Iaitu geran/hak milik individu dan geran/hak milik strata. Geran/hak milik individu didaftarkan atas nama individu yang beli tanah bagi rumah yang dibina di atas tanah. Contohnya Rumah teres, banglo, semi D, rumah berkembar dan sebagainya. Manakala geran/hak milik strata pula, didaftarkan atas nama individu yang membeli rumah flat, pangsa , kondo.
KOD A
  • Kod A dikenali sebagai Bumi Lot yang membawa maksud bumiputra sahaja yang boleh memiliki hartanah tersebut. Dalam erti kata lain Kod A ialah hartanah yang tidak boleh dipindah milik @ dipajak kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa negeri.Sekatan kepentingan ini dikecualikan kepada orang melayu.
KOD B
  • Kod B pula dikenalisebagai Non-Bumi Lot yang membawa maksud, bukan saja bumiputra, malah sesiapa sahaja pun boleh memiliki hartanah tersebut.
Contoh Geran Kod A  :
Contoh geran (Kod B) :

Hak Milik Sementara
  • Merupakan tanah yang masih belum memiliki status muktamad sama ada ia merupakan tanah pegangan milikan bebas atau pajakan.
  • Dokumen hak milik muktamad akan menggunakan no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan sebagainya.
  • Untuk hak milik yang belum muktamad, no. pengenalan hak milik yang digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S.(D)11234 atau H.S.(M)1234.
Tanah Lesen Pendudukan Sementara (Tanah Lot)
  • Ia merupakan Tanah Lesen Pendudukan Sementara kerana tempoh sahnya singkat dan tidak boleh di serah hak.
  • Tanah jenis ini tidak boleh digunakan untuk membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan kerana tidak memiliki geran.
Malay Customary Land (MCL) / Rizab Melayu
  • Seterusnya Malay Customary Land (MCL). Mungkin ada yang sudah sedia maklum apa itu MCL tetapi ada juga yang tidak tahu. Bagi yang tidak tahu, MCL ialah Melayu sahaja yang boleh memiliki tanah tersebut dan tidak boleh dipindah milik kepada yang bukan melayu melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri atau Mahkamah Persekutuan. Selain itu, orang bumiputra Sabah dan Sarawak tidak boleh membeli rumah MCL kecuali dengan memohon surat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.
Tanah yang boleh diisytiharkan sebagai Tanah Rizab Melayu/ MCL
  • Tanah Kerajaan
  • Tanah Hutan Simpan
  • Tanah Rizab Awam
  • Tanah Milik
Rizab Melayu kekal sebagai Rizab Melayu
  • Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan.
Antara sebab-sebab kesusutan Tanah Rizab Melayu
  • Enakmen ke atas tanah Rizab Melayu yang ditambah selepas merdeka dibolehkan pelupusannya.
  • Tindakan pelupusan atau penjualan tanah milik Peribumi melayu yang telah meninggal dunia disebabkan pertikaian hak pewarisan.
  • Perkembangan pembandaran dan pembangunan atas tanah Rizab Melayu.
  • Penarikan balik status Rizab Melayu oleh Pihak Berkuasa Negeri ke atas tanah Rizab Melayu yang mempunyai hasil galian atau dasar pembangunan.
BilBumi Lot (Rezab Melayu)Non Bumi Lot
1Bumiputra sahaja boleh memiliki hartanahSemua bangsa boleh memiliki hartanah
2Bumi lot boleh tukar kepada non bumi lot
Tertakluk kepada perundangan
Non bumi lot tidak boleh tukar kepada bumi lot. Tertakluk kepada perundangan
3Hanya boleh dipindah milik kepada bumiputra sahajaBoleh dipindah milik kepada non bumi dan bumiputra
4Kebiasaannya harga lebih rendah walaupun lot bersebelahanHarga hartanah lebih tinggi berbanding bumi lot
Native Title (NT)
  • *Native Title hanya boleh dimiliki oleh penduduk Peribumi Sabah sahaja. Ini dianggap sebagai hak istimewa yang diberikan kepada anak Negeri Sabah yang telah menetap dan mengusahakan tanah Kerajaan untuk aktiviti sara hidup selama tiga tahun berturut-turut.
Contoh Geran Negeri Sabah :


Native Customary Rights (NCR)
  • Native Customary Rights bermaksud Hak adat orang asal. Istilah ini kebiasaannya digunakan bagi kaum iban. Tanah adat berkait rapat dengan amalan pertanian dan kepercayaan tradisi mereka. NCR diwujudkan mengikut undang-undang melalui permit bawah seksyen 10.
Pengesahan Tanah Hak Adat Bumiputera
*Dalam mengesahkan status tanah hak adat Bumiputera, Jabatan Tanah dan pantau menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut:
  • Maklumat keatas interpretasi gambar foto udara sehingga tahun 1955;
  • Peta Penggunaan Tanah terkini;
  • Field Book, Cadastral Sheet dan Maklumat daripada ketua kaum, warga tua di kampung, tuan punya tanah berdekatan dan penuntut tanah sendiri.
Leasehold (Pegangan pajakan)
  • Status pemilikan hartanah yang dipinjamkan oleh Kerajaan Negeri kepada pembeli dalam tempoh yang ditetapkan (kebiasaannya 99tahun). Apabila sudah tamat tempoh masa tersebut, tanah akan jadi milik Kerajaan Negeri semula. Jika sudah tamat tempoh, pemilik boleh renew leasing semula atau tunggu sehingga luput dan kemudian memohon semula. Tetapi kos yang diperlukan sangat tinggi.
Freehold (Pegangan Kekal)
  • Pemilikan hartanah kekal tiada pampasan boleh dibuat selamanya. Nilai hartanah juga sentiasa menaik dan tanah ini sesuai untuk pendudukan jangka masa panjang. Tetapi Freehold juga mempunyai kekurangannya. Tanah Freehold biasanya lebih mahal dari kos pemilikan, cukai etc.
  • Sebagai contoh,  jika dokumen hak milik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya menggunakan No.Hak milik seperti Geran1234 manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No.Hak milik adalah seperti Geran mukim 1234
BilFreeholdLeasehold
1Pegangan bebasPajakan
2Tidak mempunyai tempoh tamat.Mempunyai tempoh pajakan
3Kebiasaan harga tanah lebih mahal sedikitHarga tanah lebih rendah berbanding freehold
4Sukar untuk dapatkan tanah ini jika di bandar-bandar besarLebih senang untuk diperoleh.
5Tidak perlu membayar premium kerana tiada tempohPerlu bayar premium untuk lanjutkan tempoh pajakan
6Menjadi hak milik kekal pembeliPerlu dikembalikan kepada kerajaan negeri setelah tamat tempoh pajakan

2 Cara Anda Boleh Panjangkan Masa Sebelum Tempoh Pajakan Tanah Tamat
1. Anggaran Bayaran Dalam RM 1,000 Untuk Panjangkan Tempoh.   
a. Pegangan akan dipanjangkan beserta dengan kaveat pendaftar.
b. Tidak dibenarkan membuat pindah milik kepada orang lain, kecuali kepada ahli keluarga yang terdekat.
c. Lepas geran terbaru keluar, anda tak akan menerima sebarang kadar diskaun sekiranya ingin melanjutkan tempoh premium. Perlu bayar full premium.
d. Setelah geran terbaru keluar dan sekiranya satu masa nanti anda nak jual, kadar premium tersebut perlu juga dibayar kalau nak keluarkan kaveat pendaftar bagi proses pindah milik kepada pembeli.
e. Pembeli yang ingin membeli menggunakan loan, agak sukar, sebab terdapat kaveat pendaftar dan pihak bank biasanya tidak akan memberikan pinjaman bagi kes macam ni, sebab high risk.
f. Pilihan 1 dibuat bagi mengelakkan pemilik dari membuat keuntungan dengan penjualan. Ianya dibuat bagi membantu pemilik yang betul-betul ingin menetap di situ.
2. Bayar Premium Bagi Panjangkan Tempoh
a. Pegangan boleh dipanjangkan kepada 2 tempoh, iaitu 60 tahun atau 99 tahun
b. Ianya boleh dipanjangkan dengan pembayaran premium berdasarkan kepada harga tanah semasa.
c. Formula pengiraannya adalah:
1/4  ✖  1/100  ✖  nilai tanah semasa  ✖  tempoh tahun dipanjangkan  ✖  luas dalam meter persegi ➖ 30%
. Untuk dapatkan nilai semasa tanah, perlu merujuk kepada pejabat tanah.
. Proses permohonan pemanjangan tempoh akan mengambil masa anggaran selama 6 bulan
. Pembayaran perlu diselesaikan dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan diluluskan
. Anggaran keseluruhan proses sehingga geran terbaru dikeluarkan adalah selama 1 tahun
NOTA : Kaedah ni untuk negeri Selangor sahaja, untuk negeri-negeri lain, boleh rujuk pejabat tanah di negeri anda.
Syarat-syarat nyata yang biasa ada dalam geran.
Syaratnya ialah suatu arahan atau larangan yang dikenakan dan dinyatakan didalam hak milik keatas sesuatu tanah yang diberi hak milik bertujuan mengawal penggunaannya. Sebagai contoh:-
  • Tanah yang diberi hak milik hendaklah digunakan untuk sebuah rumah kediaman sahaja.
  • Bangunan yang didirikan di atas tanah ini hendaklah digunakan untuk kediaman sahaja.
  • Tanah yang diberi hak milik ini tidak boleh ditanam dengan, atau dibiarkan tumbuh pokok-pokok getah.
  • Tanah ini hendaklah ditanam dengan tanaman KELAPA SAWIT
  • Pemilik tanah hendaklah sepanjang masa mengambil langkah-langkah menurut perintah yang dikehendaki pentadbir tanah menjaga tanah ini daripada hakisan.

Contoh Syarat Dalam Geran:



credit to page : http://www.mohdelam.com/mortgage-3/panduan/14-sekatan-dan-jenis-jenis-tanah/ 

Advertisement

0 comments:

 
Top